Wordnet Bahasa
واوردنيت بهاس
Berita * Download * Illustrasi * Rujukan * Link * English
Kami bertujuan untuk menyediakan kamus bahasa yang luas, lengkap dan boleh digunakan awam. Sebagai langkah pertama, kami telah membina Wordnet Bahasa Melayu — Bahasa Malaysia dan Indonesia. Inspirasi untuk Wordnet ini adalah Princeton Wordnet, kamus siber Bahasa Inggeris, dan Grid Wordnet Global. Wordnet Bahasa boleh digunakan, diubahsuai, dicetak and diedarkan tanpa memerlukan sebarang yuran, selagi anda menggunkannya dibawah lesen yang sama. Sila membaca lesen sepenuhnya untuk maklumat lanjut.
Kami bermula memajukan Wordnet Bahasa pada 2011 sebagai sokongan untuk mengembangkan analisasi Bahasa Melayu. Kami menggabungkan kosa kata Inggeris daripada Princeton WordNet sebagai langkah pertama bagi menyusunkan WordNet Bahasa. Dalam keluaran masa hadapan, kami ingin menambahkan perkataan unik Melayu yang tidak hadir di Princeton WordNet, dengan harapan untuk mengubah struktur hierarki kamus ini supaya ia dapat melambangkan Bahasa Melayu dengan lebih teliti. Anda dipersilakan untuk menggunakan WordNet ini sesuka hati. Jikalau digunakan untuk kajian, harap dapat mencatat salah satu daripada karangan kami. Jika anda mempunyai soalan atau komen selanjutnya, sila hubungi kami melalui emel: wn-msa-devel@lists.sourceforge.net.
Semua hubungan hierarki perkataan (hypernym, meronym...) diambil daripada Princeton WordNet 3.0. Kami telah mengembangkan kosa kata terjemahan perkataan Melayu dengan memberikan makna, contoh serta kata dasar.
19,210 synsets
48,110 senses
19,460 unique words
Harap maklum bahawa kami menganggar yang versi keluaran ini akan mengandungi sebanyak 5–10 peratus catatan ralat. Kami memutusan untuk menumpu usaha kepada menambahkan isi keluaran ini, membandingkan kepada periksaan catatan tersebut. Dalam proses terjemahan, kami menduga untuk membetulkan ralat demikian. Kami sudi menerima maklum balas.
Penyumbang
Francis Bond, Nurril Hirfana Mohamed Noor, Suerya Sapuan, ...
Francis Bond
Linguistics and Multilingual Studies
Nanyang Technological University
Project Web Hosted by
SourceForge.net