Haaa... yang ini tak ramai orang agama yang beri nasihat sebegini pada wanita. Saya rasa pun tak ramai wanita Islam yang pernah dengar atau tau yang isteri boleh buat Permohonan Halang Hubungan Suami Isteri. Kalau awak pun tak tau, sila lah dengar penjelasannya dari Dato' Ismail Yahya, mantan Ketua Hakim Syari'e Terengganu ini ya..
Begitu juga, supaya sewaktu kecoh nak bercerai sang suami tak terus walap harta-harta isteri, para isteri pun kena lah ambil tahu macamana nak protect harta dari disamun suami yang tak bertanggungjawab...
Kerana itu saya salute pada Dato' Ismail - beliau sangat ambil berat tentang hak-hak wanita dan jauh sekali dari meremehkan atau memandang rendah pada wanita. Kalau agamawan lain ramai macam Dato' ni , pasti akan buat orang-orang lebih cintakan Islam...