SELAMAT DATANG PEJUANG SASTERA RATU RIMBA NIAGARA
Selamat datang pejuang sastera Ratu Rimba Niagara
kedatanganmu sudah lama dinantikan
tidaklah aku berjuang kesendirian lagi
sebelum kehadiran kalian
ramai yang berjanji
susah senang bersama merealitikan
sastera alammayaku ke dunia nyata
tapi janji tinggal janji
sehingga sekarang tidak menepati janji
lalu aku tidak percaya dengan janjinya manusia
sekadar menanam tebu di tepi bibir
janji-janji mereka yang tak terkotakan
tak akan sama sekali melemahkan semangatku
untuk menanti terus menanti
pejuang sasteraku yang tulus ikhlas
bersamaku memartabatkan
Sastra Nusantara Ratu Rimba Niagara
ke mercu kejayaan
di kenali hingga ke antarabangsa
Allah memakbulkan doa tepat pada masanya
di kala hamba-Nya sudah bersedia
untuk memikul tanggungjawab
kerana percaya penuh yakin
Allah swt uji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya,
berkat sabar menanti pejuang sastera Ratu Rimba Niagara
akhirnya dibukakan mata hati hamba-Nya untuk datang
ke Istana Niagara memikul tanggungjawab yang amat berat
merealitikan sastera alammaya Ratu Rimba Niagara
ke dunia nyata.
Allahu Akbar bagaikan mimpi dunia sastera fantasi alammaya
Ratu Rimba Niagara yang dinanti-nantikan selama ini Insya-Allah
wujud di dunia nyata.
Bilamana Allah berkata KUN FAYAKUN tiada siapa yang dapat
menghalang-Nya tiada yang tak boleh melainkan dengan izin-Nya jua.
"Jika seluruh manusia menyokong cita-citamu tapi Allah tidak menyokong
maka akan gagallah segala cita-cita"
"Jika seluruh manusia tidak menyokong cita-citamu tapi Allah menyokong
maka akan berjaya segala cita-cita"
Begitu hebat-Nya kekuasaan Allah Azzawajallah.
Aku penuh yakin setiap yang baik itu datang dari Allah. Jika datang dari Allah pasti Allah membantu dan mengotakan janji-Nya. Janji Allah pasti janji manusia belum pasti...pasti cuma manusia yang faham erti janji akan mengotakan janjinya.
Duhai pejuang Sastera Ratu Rimba Niagara
selamat datang ke Istana Rimba Niagara
di sini seluruh rakyat rimba Niagara menyambutmu penuh rasa syukur dan terharu bahawa perjuangan Sastra Nusantara Ratu Rimba Niagara mendapat sokongan padu daripada tiga orang wira di kalangan manusia.
Kunta Kunte hulubalang Sastera Ratu Rimba Niagara yang selama ini menjadi menyokong kuat tapi telah mati di lautan ombak rindu tika mencari mahkota Ratu Rimba Niagara yang terjatuh di dasar lautan. Walaupun mereka sudah mati tapi semangat roh perjuangannya wujud pada hulubalang rimba niagara yang lain.
Kepada Tiga Wira Sastera Ratu Rimba sempena meraikan kedatangan kalian di Istana Rimba Niagara disiarkan TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'RATU RIMBA NIAGARA' & TUAN PUTRI RIMBA NIAGARA ' sebagai motivasi dan pengalaman kalian sebaagai pejuang Sastera Ratu Rimba Niagara. Setelah membaca dan kalian faham apa tugas kalian sebagai Pejuang Sastera Ratu Rimba Niagara barulah MOU kalian untuk bekerjasama dengan kerajaan Ratu Rimba Niagara diterima dengan hati yang tulus dan ikhlas kerana Allah Taala.
Indah andai segala nawaitu pekerjaan dan keputusan dibuat atas dasar kerana Allah Taala.
"SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI DAN MERAHMATI SEGALA USAHA KITA
DEMI KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN."
'SELAMAT DATANG WIRA SASTERA KE ISTANA RATU RIMBA NIAGARA '